tetamu....

About Me

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang semuanya anak2 yang soleh & solehah, juga anak2 yg baik, pandai serta bijak. Seorang isteri yang ingin mencari keredhaan Allah swt di dunia juga di akhirat. Seterusnya menjadi isteri yg solehah kepada suami yang tersayang Md Azuandy dan juga menjadi seorang ibu yang tabah, sabar dengan dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak2 di dunia yang bermacam2 panca robanya...Juga seorang anak kepada ayah Arwahyaham Hj. Md. Alip Md. Jim & emak Arwahyamah Hjh Sapiah Hj Mahmood..(semoga roh ayah dan emak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman)...

slide kasih sayang umie

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Selasa (15hb Feb 2011)

Salam Maulidur Rasul buat family juga buat sahabat-sahabat Umie....

Untuk pengetahuan anak-anak Umie, Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya yang juga di kenali dengan Masjid Besi...Yang bertemakan 1malaysia 1 ummah.




Pandangan d waktu mlm

Pandangan d waktu mlm 2
pandangan di dalam masjid besi

Pemandangan d siang hari

pemandangan dari sesi tepi











Cantik sungguh Masjid Besi ni kan...nanti kalau jadi Kak Long Zeehan bernikah kat sini pada 12hb Mac nanti...dapatlah kita masuk, bersolat dan bergambar kat sini....

Sebut mengenai Maulidur Rasul ni...anak2 umie tentu dah tahu apakah maksudnya...ialah anak2 umie semuanya dah mengetahuinya dari Ustaz @ Utazah...tapi tak pe, umie akan ceritakan juga mengenai Maulidur Rasul ni...

Maulidur Rasul adalah hari yang bersejarah sempena keputraaan Nabi Muhammad SAW. Hari kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20hb April 571. Dan merupakan Nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT.

Hukum untuk sambutan Maulidur Rasul adalah disunatkan

Mari sama-sama kita mengenali Nabi Muhammad SAW......

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Dan.......
Sempena cuti hari ini dan kita pun tidak bercadang pergi memana, maka umie dengan rajinnya masak kari kepala ikan untuk menu tengahari hari ini...
Ikan Masin gorang bersama bawang, cili dan ditambah dengan air perahan limau

Ini lah kari kepala ikan...terpekat sikit...ada laks telur ayam 2 biji...hehehe


 
Ulam timun jepun...umie & ayah suka mkn ulam timun jepun ni...lain sikit rasanya dri timun biasa...


Oklah cukup sampai di sini sahaja coretan ini...umie berharap semoga semua anak2 umie menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan sebagai idola untuk anak2 umie...sesungguhnya Nabi Muhammad adalah Rasul Mulia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

index


facebook umie

facebook kak long,kak ngah dan adam....