tetamu....

About Me

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang semuanya anak2 yang soleh & solehah, juga anak2 yg baik, pandai serta bijak. Seorang isteri yang ingin mencari keredhaan Allah swt di dunia juga di akhirat. Seterusnya menjadi isteri yg solehah kepada suami yang tersayang Md Azuandy dan juga menjadi seorang ibu yang tabah, sabar dengan dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak2 di dunia yang bermacam2 panca robanya...Juga seorang anak kepada ayah Arwahyaham Hj. Md. Alip Md. Jim & emak Arwahyamah Hjh Sapiah Hj Mahmood..(semoga roh ayah dan emak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman)...

slide kasih sayang umie

Thursday, February 24, 2011

Hari-hari yang Tension

Assalamualaikum..wbt

Ketenangan jiwa dan otak Umie telah diragut dengan kesibukan yang amat sangat di pejabat Umie.  Mulai pada 17hb Februari yang lalu, hari-hari di tempat kerja Umie menjadi kelam kabut...... tension, geram, marah dsbnya,  mulai hari itu juga, Umie kerap mengambil Adam dan K Ngah lebih dari pukul 6.30ptg setiap hari,  maka secara atomatiknya Umie akan dikenakan caj OT oleh pihak Taska... huhuhu siapa yang nak tolong bayar... kalau lah boleh claim balik kat tempat Umie berkerja kan best!!  Untuk pengetahuan anak-anak Umie, Umie pernah dicaj sebanyak RM18.00-RM16.00 untuk 2 bulan berturut2 oleh pihak Taska.... tapi yang bestnya ianya hanya berlaku pada setiap awal tahun sahaja,  tahun ini adalah tahun yang ke 12.... TAPI, bagi Umie, Umie kena korbankan  juga kerana ianya adalah  salah satu pengorbanan Umie  dalam menjalankan tanggungjawab Umie kepada company tempat Umie bekerja sekarang dan untuk juga tahun ke 4 bagi syarikat yang Umie buat secara Part-Time. Insyakallah Umie Ikhlas dalam menempuhinya.

Mesti anak-anak Umie nak tahu apakah sebabnya kan...  sebabnya adalahhhhh AUDITTTT lahhhh, audit akaun & kewangan syarikat untuk FYE 2010.  Semalam dan hari ini Umie mengalami tekanan yang tersangat-sangat lah mencabar kesabaran Umie, mana nak jawab A&Q Auditor, mana nak buat kerja Ad-hoc yg perlu diselesaikan dengan segera, mana nak sediakan listing gaji pekerja untuk dihantar ke bank, pastu bila listing gaji telah siap dan ready untuk dihantar ke bank, kedua-dua lembaga pengarah syarikat Umie pula tak de... (Outstation & menghadiri kursus) sedangkan Umie kena hantar juga Bank Instruction tersebut pada 23hb bulan,  kalau takkk, semua pekerja tempat Umie berkerja akan dapat gaji  lewat dari kebiasaan. TP dengan rasa rendah diri, dan rasa syukur dapat juga Umie selesaikannya....Alhamdulilah. 

Sebut pasal gaji lewat masuk ni, Umie ingat lagi pada 2 bulan yang lepas, di mana pada bulan tersebut terdapat kesilapan teknikal, maka semua pekerja tempat kerja Umie telah menerima gaji lewat sehari... Wahhhhh bukan main bising lagi mulut mereka mengata/bercerita...yang Umie kesalkan, tak kan sekali sekala lewat mereka semua tak boleh terima!!!! bukan Umie dan kawan2 Umie segaja mahu melewatkan pembayaran gaji untuk bulan tu ...Untuk pengetahuan anak-anak Umie, Umie  dan kawan Umie kat Finance Department tu dah buat yang terbaik, tapi apakan daya Allah SWT telah menentukan bahawa gaji untuk bulan tersebut adalah lewat daripada biasa..... 

Untuk pengetahuan anak-anak Umie,  setakat hari ini proses Audit telah mencapai 50%, maka masih ada lagi 2 minggu untuk Umie melayan karenah2 External Auditor. 

Anak-anak Umie....tlg doakan agar segala urusan ditempat kerja Umie dipermudahkan......

Lepas siap semua urusan Audit di tempat kerja Umie,  Umie bercadang untuk bercuti lama sikit dan kalau kita ada duit lebih Umie bercadang untuk berihat di Genting Kota Keriangan.... dah lama kita tak pergi kesana kan?  Seperti biasa lah, tempat tidur kita akan minta Abg Long 'arrange' kan untuk  kita semua tidur di kuaters Bomba & Penyelamat Genting Highlands. Untuk makan & minum, kita bawa bahan mentah laku dan sayuran dari rumah, kita tumpang masak kat rumah Abg Long.  Dan seperti biasa juga lah, kita akan minta tolong Abg Zaki iaitu kawan Abg Long untuk dapatkan tiket diskaun yang agak menjimatkan kita untuk bermain di Taman Tema Luar, Taman Tema Dalam &  Taman Tema Air... rasanya masa kita sekeluarga pergi  kesana pada tahun 2008, caj tiket yang Umie kena bayar RM35.00 seorg untuk semua Taman  Tema...   Murahkan!!!!!  Murah lah dari harga biasa...... kalau tak salah Umie jatuh 25% juga lah jumlah diskaunnya....

Cukuplah coretan Umie untuk kali ini,  semoga ketemu lagi di lain posting.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

index


facebook umie

facebook kak long,kak ngah dan adam....