tetamu....

About Me

Ibu kepada 3 orang cahaya mata yang semuanya anak2 yang soleh & solehah, juga anak2 yg baik, pandai serta bijak. Seorang isteri yang ingin mencari keredhaan Allah swt di dunia juga di akhirat. Seterusnya menjadi isteri yg solehah kepada suami yang tersayang Md Azuandy dan juga menjadi seorang ibu yang tabah, sabar dengan dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak2 di dunia yang bermacam2 panca robanya...Juga seorang anak kepada ayah Arwahyaham Hj. Md. Alip Md. Jim & emak Arwahyamah Hjh Sapiah Hj Mahmood..(semoga roh ayah dan emak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman)...

slide kasih sayang umie

Thursday, February 24, 2011

Hari-hari yang Tension

Assalamualaikum..wbt

Ketenangan jiwa dan otak Umie telah diragut dengan kesibukan yang amat sangat di pejabat Umie.  Mulai pada 17hb Februari yang lalu, hari-hari di tempat kerja Umie menjadi kelam kabut...... tension, geram, marah dsbnya,  mulai hari itu juga, Umie kerap mengambil Adam dan K Ngah lebih dari pukul 6.30ptg setiap hari,  maka secara atomatiknya Umie akan dikenakan caj OT oleh pihak Taska... huhuhu siapa yang nak tolong bayar... kalau lah boleh claim balik kat tempat Umie berkerja kan best!!  Untuk pengetahuan anak-anak Umie, Umie pernah dicaj sebanyak RM18.00-RM16.00 untuk 2 bulan berturut2 oleh pihak Taska.... tapi yang bestnya ianya hanya berlaku pada setiap awal tahun sahaja,  tahun ini adalah tahun yang ke 12.... TAPI, bagi Umie, Umie kena korbankan  juga kerana ianya adalah  salah satu pengorbanan Umie  dalam menjalankan tanggungjawab Umie kepada company tempat Umie bekerja sekarang dan untuk juga tahun ke 4 bagi syarikat yang Umie buat secara Part-Time. Insyakallah Umie Ikhlas dalam menempuhinya.

Mesti anak-anak Umie nak tahu apakah sebabnya kan...  sebabnya adalahhhhh AUDITTTT lahhhh, audit akaun & kewangan syarikat untuk FYE 2010.  Semalam dan hari ini Umie mengalami tekanan yang tersangat-sangat lah mencabar kesabaran Umie, mana nak jawab A&Q Auditor, mana nak buat kerja Ad-hoc yg perlu diselesaikan dengan segera, mana nak sediakan listing gaji pekerja untuk dihantar ke bank, pastu bila listing gaji telah siap dan ready untuk dihantar ke bank, kedua-dua lembaga pengarah syarikat Umie pula tak de... (Outstation & menghadiri kursus) sedangkan Umie kena hantar juga Bank Instruction tersebut pada 23hb bulan,  kalau takkk, semua pekerja tempat Umie berkerja akan dapat gaji  lewat dari kebiasaan. TP dengan rasa rendah diri, dan rasa syukur dapat juga Umie selesaikannya....Alhamdulilah. 

Sebut pasal gaji lewat masuk ni, Umie ingat lagi pada 2 bulan yang lepas, di mana pada bulan tersebut terdapat kesilapan teknikal, maka semua pekerja tempat kerja Umie telah menerima gaji lewat sehari... Wahhhhh bukan main bising lagi mulut mereka mengata/bercerita...yang Umie kesalkan, tak kan sekali sekala lewat mereka semua tak boleh terima!!!! bukan Umie dan kawan2 Umie segaja mahu melewatkan pembayaran gaji untuk bulan tu ...Untuk pengetahuan anak-anak Umie, Umie  dan kawan Umie kat Finance Department tu dah buat yang terbaik, tapi apakan daya Allah SWT telah menentukan bahawa gaji untuk bulan tersebut adalah lewat daripada biasa..... 

Untuk pengetahuan anak-anak Umie,  setakat hari ini proses Audit telah mencapai 50%, maka masih ada lagi 2 minggu untuk Umie melayan karenah2 External Auditor. 

Anak-anak Umie....tlg doakan agar segala urusan ditempat kerja Umie dipermudahkan......

Lepas siap semua urusan Audit di tempat kerja Umie,  Umie bercadang untuk bercuti lama sikit dan kalau kita ada duit lebih Umie bercadang untuk berihat di Genting Kota Keriangan.... dah lama kita tak pergi kesana kan?  Seperti biasa lah, tempat tidur kita akan minta Abg Long 'arrange' kan untuk  kita semua tidur di kuaters Bomba & Penyelamat Genting Highlands. Untuk makan & minum, kita bawa bahan mentah laku dan sayuran dari rumah, kita tumpang masak kat rumah Abg Long.  Dan seperti biasa juga lah, kita akan minta tolong Abg Zaki iaitu kawan Abg Long untuk dapatkan tiket diskaun yang agak menjimatkan kita untuk bermain di Taman Tema Luar, Taman Tema Dalam &  Taman Tema Air... rasanya masa kita sekeluarga pergi  kesana pada tahun 2008, caj tiket yang Umie kena bayar RM35.00 seorg untuk semua Taman  Tema...   Murahkan!!!!!  Murah lah dari harga biasa...... kalau tak salah Umie jatuh 25% juga lah jumlah diskaunnya....

Cukuplah coretan Umie untuk kali ini,  semoga ketemu lagi di lain posting.......

Sunday, February 20, 2011

Ours Big Family

Assalamualaikum...wbt

Hari ini sepatutnya Umie kena pergi kerja ganti sempena cuti CNY hari tu, tapi disebabkan cuti tahunan Umie banyak lagi, jadi baik Umie ambil cuti ajer...lagipun kalau Umie pergi kerja siapa yang nak jaga Adam.. K Long pun kena pergi sekolah ganti juga.

Bila tengah duduk-duduk saja, lepas siap masak untuk lunch  td Umie terfikir untuk persiapan kenduri kahwin K Long Zehaan...Kalau ikut tema pada majlis tu, semua family sebelah pengantin perempuan kena pakai tema warna ungu...bila sebut warna purple ni...banyak warna nya..purple cair, purple pekat, warna biji kundang pun di ketergorikan warna purple...ermmm  Umie rasa, kain ela yang Umie nak beli nanti warna purple pekat lah...untuk anak2 pempuan umie pun umie akan belikan juga...kalau esok kita g Jakel ok juga kan...Umie kena belikan 2 pasang seorang.. ialah kalau jadi kita g Sabah, maka untuk kenduri kat sana pun kena buat yang baru...Untuk Ayah ngan Adam Umie akan belikan kemeja warna purple gak...kena g Sogo atau JJ...bila lah Umie ada kesempatan nak g shopping ni...

Ermm...bila sebut pasal big family ni, biar Umie buat senarai Ahli keluarga Umie dulu...seperti yang kita ketahui, adik beradik Umie ada 9 orang semuanya...3 permpuan, 6 lelaki...tetapi yang ada sekarang cuma 8 org saja di mana perempuan yg tengah (adik beradik yg ke 5) hanya sempat berada di dunia selama 5 hari saja...arwah Tuk Mak cakap...Allah swt lebih menyayangi dia.....

Tuk Yah & Tuk Mak
Arwah Hj. Md. Alip Bin Md. Jim
Arwahyamah Hjh. Sapiah Bte Hj. Mahmod

Adik Beradik Umie & Pasangan Serta Anak2 (Sepupu Anak2 Umie)

1.   Zaiton Bin Md. Alip@Mak Long & Omar Bin Hamid (Arwah)
      Sekarang menetap di Kg. Tengah Sialang, Tangkak
     Sheikh Zolkifli Bin Omar@Abg Long 34thn - Cucu sulung (masih solo-menetap d Genting)
     Sheikh Mohd Fazli Bin Omar@Abg Ngah 32thn - Cucu no.2 (solo - menetap d Kg Tgh Sialang)
     Mohd Helmi Bin Omar@Abg Mie 23thn - (Masih belajar di UiTM Puncak Alam)

2.  Zakaria Bte Md. Alip@Pak Ngah & Ramlah Bte Ismail@Mak Ngah
     Sekarang menetap d Putrajaya, Persint 9
     Nor Zehaan Bte Zakaria@K Long Zeehan - 26thn (cucu yg 1st akan mendirikan rumahtangga)
     Nor Azralina Bte Zakaria@Kak Ina -25 thn (masih bujang )
     Ahmad Azizi Bin Zakaria@Abg Zizi - 24 thn (masih solo & baru lepas Grade Dgree di UiTM)
     Ahmad Azri Bin Zakaria@Azri - 14 thn (Tingkatan 2)
     Ahmad Haziq Zikry Bin Zakaria@Ajip - 7 thn (Tahun 1)

3.  Zainal Bin Md. Alip@Pak Uda & Siti Salwah binti Sabilan@Mak Uda
     Sekarang menetap di Taman Raden Jaya, Tanjung Karang, Selangor
     Izyan Mariah Bte Zainal@Kak Yan - 23thn (masih belajar di UTM & menetap Skudai )
     Ikhwan Asyraf Bin Zainal@Abg Iwan - 21 thn (masih belajar di Politeknik Merlimau)
     Nor Aifaa Bte Zainal@ Kak Aifa- 19 thn (Masih belajar di Politeknik Ipoh)
     Hazwan Hanif Bin Zainal@Abg Anip - 17 thn (masih belajar-SPM tahun ni)
     Noorathirah Bte Zainal@Tira - 12 thn (UPSR tahun ni)
     Noor Syahirah Bte Zainal@Shasha - 9 thn


4. Zainuddin Bin Md.Alip@Pak Uteh & Aliza Bte Jamil@Mak Uteh
    Sekarang menetap di Ayer Molek Melaka
    Mohd Afiq Bin Zainuddin@Abg Afiq - 17thn (SPM)
    Nor Afifah Aqilah Bte Zainuddin@Kak Ipah - 15 thn (PMR)
    Nor Alyana Shahira Bte Zainuddin@Nana - 12thn (UPSR)
    Muhamad Zakwan Bin Zainuddin@Deq Wan - 4 thn

5. Zaid Bin Md. Alip@Pak Lang & Faridah Bte Baharom@ Mak Lang
    Menetap di Taman Maluri, KL
    Nor Shafiqah Bte Zaid@K Ika - 19thn (sedang mengikuti Matrik Sains di Lundang Melaka)
    Mohd Shafiq Bin Zaid@Abg Shafiq - 18thn (sedang Menunggu Keputusan SPM)
    Munirah Bte Zaid@Kak Uda - 16 thn (Tingkatan 4)
    Nor Najihah Bte Zaid@Jiha - 13 thn (sebaya ngan K Long...tingkatan 1)
    Norfaezah Bte Zaid@Faezah - 10 thn (Tahun 4)

6.  Zamri Bin Md. Alip@Pak Ndak & Normala Bte ..@Mak Ndak(X ingat nama ayah Mak Ndak)
     Menetap di Kg. Sialang, Tangkak
     Nur Ain Bte Zamri@Ain - 9thn (sebaya ngan K nGah - tahun 3)
     Ahmad .... Bte Zamri@Mamat Tak ingat nama penuh laks... - 7 thn (thn 1)
     Mohd Irwan Shah@Iwan - 4 thn

7.  Zahri Bin Md. Alip@Pak Cik & Syarifah Nadia Bte Syed Alwee@Makcik
     Menetap di Kauters Guru Felda Palong 2, Segamat
     Ainul Mardihah Bte Zahri - 3 thn
     Baby boy... 4 bln - Umie Xk ingat nama ..tp nanti bila umie jumpa masa kenduri K long Zehan
     Umie akan tanya kat Pak Cik...

8.  Zuraini Bte Md. Alip@Umie@Mak Su & Md. Azuandy Bin Mohd Nawi@ayah@Pak Su
     Menetap di Taman Samudra, Batu Caves
     Fatin Norfarhana Bte Md. Azuandy@Kak Long - 13thn (tingkatan 1)
     Fatin Norfatihah Bte Md. Azuandy@K Ngah - 9 thn (tahun 3)
     Adam Firdaus Bin Md. Azuandy@Adam - 1 Tahun

Jumlah Semua Ahli Keluarga yg masih ada..Dewasa(Pangkat bapa saudara & Mak Saudara ) - 15 orang
Jumlah sepupu2 semuanya - 28 org + anak2 Umie 3 org = 31 org
Kalau ada perjumpaan keluarga semuanya seramai = 46 org...ramai kan..

Umie akan cuba update dari semasa ke semasa...ialah nanti kalu umie dah tak de...catatan ini lah yg akan anak2 umie gunakan untuk terus berhubung dan seterusnya mengekalkan tali persaudaraan...

Kalau ada masa nanti Umie senaraikan yang sebelah ayah laks...

Gambar2 terbaru meraka semua akan Umie Uploadkan pas kenduri Kahwin K Long Zehan nanti...

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Selasa (15hb Feb 2011)

Salam Maulidur Rasul buat family juga buat sahabat-sahabat Umie....

Untuk pengetahuan anak-anak Umie, Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini di adakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya yang juga di kenali dengan Masjid Besi...Yang bertemakan 1malaysia 1 ummah.




Pandangan d waktu mlm

Pandangan d waktu mlm 2
pandangan di dalam masjid besi

Pemandangan d siang hari

pemandangan dari sesi tepi











Cantik sungguh Masjid Besi ni kan...nanti kalau jadi Kak Long Zeehan bernikah kat sini pada 12hb Mac nanti...dapatlah kita masuk, bersolat dan bergambar kat sini....

Sebut mengenai Maulidur Rasul ni...anak2 umie tentu dah tahu apakah maksudnya...ialah anak2 umie semuanya dah mengetahuinya dari Ustaz @ Utazah...tapi tak pe, umie akan ceritakan juga mengenai Maulidur Rasul ni...

Maulidur Rasul adalah hari yang bersejarah sempena keputraaan Nabi Muhammad SAW. Hari kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 20hb April 571. Dan merupakan Nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT.

Hukum untuk sambutan Maulidur Rasul adalah disunatkan

Mari sama-sama kita mengenali Nabi Muhammad SAW......

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


Dan.......
Sempena cuti hari ini dan kita pun tidak bercadang pergi memana, maka umie dengan rajinnya masak kari kepala ikan untuk menu tengahari hari ini...
Ikan Masin gorang bersama bawang, cili dan ditambah dengan air perahan limau

Ini lah kari kepala ikan...terpekat sikit...ada laks telur ayam 2 biji...hehehe


 
Ulam timun jepun...umie & ayah suka mkn ulam timun jepun ni...lain sikit rasanya dri timun biasa...


Oklah cukup sampai di sini sahaja coretan ini...umie berharap semoga semua anak2 umie menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai ikutan dan sebagai idola untuk anak2 umie...sesungguhnya Nabi Muhammad adalah Rasul Mulia

Sunday, February 13, 2011

Cuti Hujung Minggu

Salam hujung minggu

Hari Sabtu (12/2/2011) semalam kita cuma pergi ke Nagoya carrefour untuk berjumpa dengan anak sepupu umie (ayah dia sepupu umie)  Onni Abu Bakar nama dia... sepecial kan nama dia..., umie g jumpa dia untuk menjemput bagi pihak pak ngah yang nak buat kenduri kahwin pada 13hb Mac 2011... pas tu kita semua windows shopping...tenguk Nokia C3...cantik juga h/phone tu kan...nak beli untuk kak long (h/Phone dia rosak sbb kena air banjir...hehehehe) tapi umie fikir nanti dulu lah...sbb banyak perbelanjaan yang umie kena sediakan lagi...ialah walaupun harganya cuma RM360.00...

Pastu kita semua singgah kat kedai P1 wimax...ayah nak tukar ke P1 Wimax pulak...tanya punya tanya pada salesman kedai wimax tu..ayah pun tersangkut untuk daftar..ermmm melayang RM100.00...hehehe, tak pe lah..kan ayah buat tu kita semua...semua leh guna..kak long & k Ngah leh guna kamus online...semua jenis kamus ada..kamus BI-BM, B Arab- BM, BM-BArab...ok lah tu....leh juga buat kerja rumah atau ulang kaji dengan melihat contoh-contoh kat internet...dunia tanpa sepadan..

Adam...boring lah ayah duduk pandang belakang ni!!!!



K nGah bersedia untuk g windows shopping
Adam tak mahu duk pandang belakang lah umie...adam nak duk dalam troli gaks...huhuhu




Ini lah h/phone untuk umie bagi k long...tapi nanti lah dulu yer..pas balik dr sabah nanti...kalau ada duit lebih umie belikan yer!!!!!!

Selepas penat kita semua jalan-jalan...kita pekena nescafe ngan roti canai kat food courts carrefour..sorry lah umie lupa ambik gambar..coz adam tengah tido, lupa lak suh ayah atau anak2 umie ambik...tak pe lah..

Dalam kol 7.00 malam kita balik kerumah...

Adam keletihan berwindows shopping...adam nak tido, adam nak tido..huhuhu


Pada hari ini, Ahad (13hb Feb 2011) kita tak  memana, kita cuma g kenduri kahwin kat taman samudra..mak cik yang buat baju sekolah k ngah jemput makan kenduri..jadi kita semua g situ...lauk yang special tadi adalah gulai nangka ngan ikan masin...sedap juga rasanya...rasanya ini first time umie makan menu ni nangka ngan ikan masin) pendas menyegat...tapi sedap...umie ambik sikit aje lah sayur nangka tu...sbb berkongsi pinggan nasi ngan adam..nanti adam kepedasan lah pulak...

Pastu untuk menu petang umie buat kuih kaswi ajer (permintaan anak2 umie yang tak jemu-jemu)...dan untuk menu makan malam umie buat Nasi Lemak...( ermm...nasi lemak adalah permintaan ayah...ayah kata lama tak makan nasi lemak masakan umie...)


Kuih kaswi yang baru siap dikukus

Kuih kaswi yang sudah siap di potong dan digaul ngan kelapa parut...

untuk nasi lemak...nasinya masih di periuk nasik...hehehhe

Ok lah cukup sampai di sini untuk catitan hari ini...semoga jumpa lagi...

Thursday, February 10, 2011

Umie Yg Kesakitan..

Salam pagi jumaat...

Hari ini, hari jumaat yang penuh barakah...hari umie bertahan dengan kesakitan yang amat sangat di gigi umie yang baru di tampal di gigi graham...MashaAllah sakitnya tak tertahan...rasa sampai ke leher...berdenyut2 sampai ke kepala...mcm nak demam pun ada......terniat juga nak MC tapi...keja banyak sangat, akaun syarikat dah terlewat satu hari ...sepatutnya dah kena hantar semalam....

Ialah Allah swt sedang menduga umie...umie redha dengan kesakitan ini...dan umie tak lupa berdoa pada Allah swt supaya umie cepat sembuh....hari ini umie dah makan 2 biji ubat tahan sakit yang acik zafira bagi, dan dah letak ubat jerslin power oil kat gigi yg sakit tu, atas idea cik eton guna ubat cik liza...harap2 umie dapat bertahan...harap2 tak sampai demam...

Kalau dah mcm ni...umie ingat kena juga buat appointment dengan doktor gigi minggu depan...sama ada buat rawatan urat tunjang gigi atau cabut ajer terus gigi tu...

Anak2 umie tolong doakan gigi umie ni cepat sembuh yer...

Mari kita tenguk gambar umie & kawan2 umie kat pejabat


Dari kiri(berdiri)...cik lina, cik nap, cik kamis..umie & cik ct
Dari kiri (duduk) Cik akma, cik eton, cik liza & cik Ida...

Monday, February 7, 2011

Bt Caves - Jengka 12 - Kota Baharu - Jengka 12 - Batu Caves

Assalamualaikum...

Cuti panjang yang menyeronokan yang kita sekeluarga lalui pada CNY minggu lepas...umie ingat nak bawa anak2 umie pg memain dan bermandi manda kat gambang waterpark tapi lain lak jadinyer...kita sekeluarga bersama atok, wan, paklong&maklong  keluarga cik the, keluarga mak teh & pak cu pergi ker Kota Baharu... Pak Tam & family tak dapat join kita sbb pak tam ada hal  .... Lama kita tak jumpa tok wan kan!!!...kita tenguk reaksi tok wan yang begitu seronok sampai dia menagis kegembiran bila melihat kita semua sampai...seronok rasanya dapat menghiburkan tok wan.....walaupun sekejap, 2 malam....nanti kalau ada rezeki lagi...kita g lagi..

Perjalanan Ke KB (khamis-3/2/11) memang penat..kita gerak dari rumah atok kol 9.30 pagi dan sampai ke KB kol 7.00 mlm....sampai kat rumah tok wan kol 9.00 mlm...jalan punya lah jammed ada kemalangan kat gua musang  bas terbalik...ada kereta terputus dua...ermm..nasib baik kita semua selamat sampai kan...

 

Ayah yg fokus memandu
KNgah yg tak sabar g KB

Umie & Adam
Kakak asyik membaca majalah



Pastu pada hari kedua (jumaat-4/2/11) , kita semua telah pergi ke Rantau Panjang...wahhhh shopping sakan...opppss..umie tak lah shopping pun...kita kena berjimat cermat...ialah kan byk lagi yang kita kena stand-by duit...rumah, sabah, sekolah...ermmm...nasib baik dapat kontrol nafsu umie ni...tapi umie belikan juga untuk kak long, kak ngah & adam...leh lah buat kenangan... masa dlm perjalanan ke rantau panjang tu..kita lalui suasana cam kat  KL juga kan...jammed saja...mcm nak patah pinggang umie nie (mcm umie laks yang jd driver)...
Batu tanda Selamat Datang ke Rantau PAnjang

K Ngah sdang memilih baju ker?

Kak Long Yg Kepenatan

Tumpang duk jap yer...adam penat lah umie

Hari ketiga (Sabtu-5/2/11) kita semua balik ke jengka...pagi sebelum balik tu, kita semua kelam kabut..hehehe eletrik & air tak de kat rumah tok wan..elektrik terputus pada kol 5.00 pagi..masa kejadian tu, umie tengah menyusukan adam..jadi umie ingat lah kol bpa eletrik tak de...bila eletrik tak de..air pun tak de lahh...ialah rumah tok wan pakai air telaga, air telaga tu kalau nak guna kena pakai generator..generator kena pakai eletrik...bila dah tak de eletrik, tak de lah air..nasib baik rumah tok ngah(adik atok) ada air..tok ngah pakai air paip...leh kita tumpang mandi...

Bila kita semua dah siap mandi dan minum kita semua pergi pasar pagi...wah shopping lagi...ermmm...seperti biasalah umie tetap kontol nafsu membeli umie...kalau tak melayang lagi duit...heheheh bukan umie ni kedekut, tapi umie kena berjimat cermat juga...pasar pagi tu mcm pasar malam kat sini juga...mcm2 ada dijual...


Budu - ada mcm2 jenis

Nurin yg tengah yak pun shopping juga yer...

k ngah ngan ais-krim nya

Lepas semuanya siap kita bertolak balik ke jengka dalam kol 11.00 pagi...masa on the way balik ke jengka..jalan jammed juga..lagi2 ke kuala krai...3 jam kat situ ajer...sedangkan bukan nya jauh pun...apa nak buat..kena lalui juga...kita sampai kat rumah atok pukul 10.00 mlm.....
Saat2 akhir untuk balik jengka

Alah wan kenapa pejam mata...

Ini Lah Tok Wan mak kepada atok

Paklong

Mak long & k nGAh

Ayah Mie

Gambar beramai-ramai sebelum bertolak ke jengka

Pada pagi hari ahad...sempat lak ayah, kakak, k ngah, cik the, cik zam, azeraie, pak tam, mak tam, qaisarah, umairah, mak teh, ayah teh & pak cu g Tekam...bermandi manda..umie tak g sbb kesian kat wan...nak masak lagi..nak jaga nurin lg...leh lah umie tlg wan apa yg patut...(menantu yg baik tak umie ni...hehehe)

Kita balik batu caves pada hari ahad...wahhh...jammed lagi... kita gerak dr rumah atuk kol 9.30 mlm sampai rumah kita kol 3.30pagi hr isnin....penat betul rasanya...mengatuk...umie g keja ngan mata kontrol ayu(kuyu)...hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

index


facebook umie

facebook kak long,kak ngah dan adam....